24.5.07

Ketawa
Asap
Kepak ayam
Bunyi guitar
Api
Semut-semut api?

Ketawa lagi
Lupa segala duka dan nestapa
Kedengaran bunyi gitar dan suara-suara jantan
memecah kesunyian malam yang pekat

Aku tidak boleh melihat raut wajahmu
Terserlah kelembutanmu di sebalik kejantananmu
Suci, terlalu suci hatimu
Ku rasa kecil disisimu
Hanya Tuhan sahaja yang tahu
Betapa kagumnya aku kepadamu
Betapa...
Oh, pria...

Malam semakin hilang daranya
mata merah, mulut menguap, perut keroncong
resah, semuanya resah
Keluar, semuanya keluar
entah untuk mencari inspirasi,
mencari ilham,
mencari kebahagiaan
mencari cinta?!
entah

Ketawa lagi
Jantan jadi betina
Bola
Lipas, Anjing, bayang-bayang

Jalan semuanya ke pantai
Jalan macam zombie, ala-ala filem Hollywood
Tujunya ke pantai
Malam masih sunyi, masih pekat
Seram

Semua ingin melihat ciptaan Tuhan yang maha esa
Ingin melihat Suria memecah kepekatan malam
Tujuh bermain T.O.D
Soalan-soalan peribadi ditonjolkan
Keliru
Kesedaran
Kata-kata sindiran (Pedas!)
Nasihat
Kesemua kes dianalisa dengan teliti oleh tujuh doktor pakar
Pakar sakit jiwa.

Gambar-gambar
Lagu-lagu jiwang
Pasir
Perasaan

Akhirnya, Sang Suria!
Muncul juga akhirnya matlamat si Tujuh
di sebalik awan yang merah

Kepulangan disambut gembira oleh teman dari rimba
Si Tujuh lari tidak berarah!
Hingga hampir-hampir bertemu si Ajal
Kaki jadi agar-agar?
Lidah jadi kelu?
Ketawa lagi

Pulang. Pulang. Pulang.

Katil. Tidur. Air. Mandi. TIDUR.

Ada yang terbuka, ada yang tertutup
ada yang bermain muzik
ada yang menjadi penari ballet
Bermacam-macam keletah apabila semuanya tidur

Akhirnya,
Berakhir
Tamat
Perjalanan si tujuh

Mungkin jika takdir mengizinkan
Si tujuh akan kembali mengembara
Mungkin dengan teman-teman yang lain
Jadi hilanglah si tujuh
Jadinya si lapan,
si sembilan,
si sepuluh,
si.,
si..,
si....

2:15 PM